music

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN DATANG LAGI

"HAPPY RAMADHAN"

sentiasa SETTING niat
UPGRADE iman
DOWNLOAD sabar
UPLOAD usha
DELETE dosa
UPDATE doa
TOPUP ilmu
supaya..
dapat REDEEM pahala banyak-banyak!!

Tuesday, September 11, 2007

what you think??


orang selalu fikir 'macam mane kapal sebesar nih boleh terbang?'



orang selalu fikir 'bilala aku nak merasa duduk dalam nih'


tapi aku selalu fikir juga 'layakkah aku duduh di sini?'

Sunday, September 09, 2007

Malaysia Selepas 50 tahun Kemerdekaan

assalamualaikum..

isnin 10 september jam 1050 pagi waktu malaysia..

fikiran ku ligat memikirkan sesuatu.. sudah 10 hari berlalu selepas negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke 50.. generasi baru yang sungguh beruntung dengan kenikmatan yang dikurniakan yang maha esa.. tatkala mereka lahir ke dunia sudah tidak lagi kedengaran pekik tangis ketakutan.. laungan semangat meminta dimerdekakan dari cengkaman penjajah keparat.. bunyi bising senjata api.. semua itu tidak lagi kedengaran oleh telinga telinga baru yang masih hijau di bumi MALAYSIA.. lantaran itu mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang.. diblelai, dihujani dengan kemewahan bukan lagi dihujani peluru peluru sesat tentera komunis.. alhamdulillah.. aku salah seorang dari mereka.. aku tidak pernah merasai keperitan hidup sebelum zaman kemerdekaan.. namun apa yang aku lakukan untuk mempertahankan kemerdekaan ini? aku sendiri masih memikirkannya.. atau perlukah aku? ahhh!! biarlah mereka yang memegang kad pengenalan tentera.. aku orang awam.. ape ada kena mengena.. biasalah akukan generasi 50tahun kemerdekaan..



semalam aku baca surat khabar..waa.. hebat MALAYSIA nih..nak hantar angkasawan ke stesen angkasa.. memang kita dah 50tahun merdeka..menara berkembar petronas..hebat malaysia..kalu yang kembar tue dijadikan satu.. mesti jadi lagi tinggi.. hebat!! baru2 nih malaysia dah ada mata pulak kat tasik titwangsa..dulu buta.. sekarang MALAYSIA yang berusia 50tahun dah ada mata..'EYE ON MALAYSIA'.. banyak sangat pembangunan dan kemodenan yang MALAYSIA telah kecapi.. beruntungnye aku.. beruntungnye kita semua.. syukur alhamdulillah..

apa yang lebih membanggakan.. MALAYSIA yang 50tahun telah berjaya dengan cemerlangnya meruntuhkan akhlak generasi mudanya.. SYABAS!! sekarang sudah ada generasi yang bakal mempertahankan kedaulatan negara.. setelah generasi dulu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.. kini, ada generasi yang mengangkat jarum suntikan menyuntik dadah kedalam tubuh.. bukan apa.. jangan salah paham.. mereka hanya nak jadi kuat.. jadi lasak.. barulah boleh pertahankan kemerdekaan negara.. dulu ada FORCE136.. sekarang? wow.. REMP-17 (rempit)..WELLDONE..mereka inilah yang bakal mempertahankan kemerdekaan negara.. ada penjajah! ada komunis! mereka langgar dengan motor mereka yang kononnya berkuasa tinggi.. kita jangan risau!! REMP-17 kan ada.. tahniah MALAYSIA!! siapakah majoriti bangsa yang terlibat? MELAYU!!!!


apa nak jadi? apa nak jadi? apa nak jadi? oii org melayu!! bangunlah.. sedar lah diri.. malulah dengan bangsa lain.. ada bangsa lain merempit? takk.. terlalu sedikit kalu nak dibandingkan dengan MELAYU.. mereka berfikir macam mana nak cari duit.. MELAYU pk macam mana nak cari nahas!! bukan semua MELAYU macam tue.. tapi kita sendiri sedia maklum!! jangan salahkan aku.. bukan aku menghina bangsa sendiri.. tapi aku nak menyederkan bangsa aku sendiri.. kalu Hang Tuah masih hidup.. dah tentu ramai yang dia tikam dengan keris tamigsarinya tue.. geram dia tengok bangsa dia yang dah semakin lalai dengan kesenangan..


adakah kita bangga menjadi rakyat MALAYSIA?
adakah kita yakin dapat pertahankan kemerdekaan MALAYSIA?
adakah kita sedar kita sudah semakin hampir untuk dijajah kembali?
adakah kita sedar yang tak selamanya kita MERDEKA jika kita terus lalai?



fikir-fikirkanlah...

Amalan Terbalik manusia akhir zaman


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas
sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Ape yang terpapar di atas bukanlah idea asal aku.. tapi sebagai seorang islam, aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan semua..tak salah kalu kite sama2 ambil seminit dua untuk bermuhasabah diri.. dah terang lagi bersuluh.. banyakkanlah amal, kurangkanlah maksiat.. sesungguhnya kita berada di akhir zaman.. allahualam!

Saturday, September 08, 2007

introduction


salam perkenalan..


actiurly aku baru berjinak jinak dgn bende alah nih..

lame dah aku register tapi tak plak aku memperape apekan blog nih.. maklumlah sibuk..

memandangkan skang nih aku banyak sgt mase terluang.. so tak salah rasenye kan?


baru2 nih ramai yang tanye aku perkembangan terkini aku.. susah gua nak jwb tue.. haha
aku sendiri tak ble nak jawab status terkini latihan aku.. bnyak sgt roomers.. mule2 tue katenye graduation 27 august.. tapi nih dah berape haribulan dah.. alasan same je la.. weather, instructor, aircraft u/s, macam2 lah.. tapi bagi aku.. sume tue salah management.. takde kesungguhan langsung.. yang terbaru aku dengar 27 september aku tamat latihan.. majlis graduasi tue buat lepas raye.. ntahla.. nak percaye susah.. taknak percaye pun susah.. lantak depa laaa.. soo.. korang tunggu jela yea..


dalam menghitung hari nak menamatkan latihan nih, tak disangke sangke lak makin ramai yang jadi dengki.. biasela orang melayu tak lari dari perasaan hasad dengkinye tue.. bak kate capt.zul.. sume tue hikmah.. haha.. hikmahla sangat.. adela sorang budak nih.. member aku r tue.. dulu rapat la dgn die.. tapi skang nih mcm dah tak serapat dulu.. tah apela yang die dengki sangat dgn aku.. yang aku denga sebab aku kurang fly dengan capt.nordin.. hampeh.. dekat 10jam aku terbang dgn org tue tue.. sebab bende kecik cam tue pun nak dengki.. pelek betul manusie.. tapi aku senyap jela.. aku buat tak tau je.. malas layan perangai budak2.. name je dah beso.. tapi tak matang pemikiran..mesti korang tertanye tanye nape dgn capt.nordin tue kan? die yang paling ganas woo.. haha.. berbakul bakul perkataan sensort yang die sembur kat aku.. tue belum kire dgn perbuatan dan simbol2 lucah yang die keluarkan..haha


okla, pesanan mcD aku dah sampai.. aku makan dulu la.. bile2 senang aku type lagi..


chow