music

Sunday, September 09, 2007

Malaysia Selepas 50 tahun Kemerdekaan

assalamualaikum..

isnin 10 september jam 1050 pagi waktu malaysia..

fikiran ku ligat memikirkan sesuatu.. sudah 10 hari berlalu selepas negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke 50.. generasi baru yang sungguh beruntung dengan kenikmatan yang dikurniakan yang maha esa.. tatkala mereka lahir ke dunia sudah tidak lagi kedengaran pekik tangis ketakutan.. laungan semangat meminta dimerdekakan dari cengkaman penjajah keparat.. bunyi bising senjata api.. semua itu tidak lagi kedengaran oleh telinga telinga baru yang masih hijau di bumi MALAYSIA.. lantaran itu mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang.. diblelai, dihujani dengan kemewahan bukan lagi dihujani peluru peluru sesat tentera komunis.. alhamdulillah.. aku salah seorang dari mereka.. aku tidak pernah merasai keperitan hidup sebelum zaman kemerdekaan.. namun apa yang aku lakukan untuk mempertahankan kemerdekaan ini? aku sendiri masih memikirkannya.. atau perlukah aku? ahhh!! biarlah mereka yang memegang kad pengenalan tentera.. aku orang awam.. ape ada kena mengena.. biasalah akukan generasi 50tahun kemerdekaan..



semalam aku baca surat khabar..waa.. hebat MALAYSIA nih..nak hantar angkasawan ke stesen angkasa.. memang kita dah 50tahun merdeka..menara berkembar petronas..hebat malaysia..kalu yang kembar tue dijadikan satu.. mesti jadi lagi tinggi.. hebat!! baru2 nih malaysia dah ada mata pulak kat tasik titwangsa..dulu buta.. sekarang MALAYSIA yang berusia 50tahun dah ada mata..'EYE ON MALAYSIA'.. banyak sangat pembangunan dan kemodenan yang MALAYSIA telah kecapi.. beruntungnye aku.. beruntungnye kita semua.. syukur alhamdulillah..

apa yang lebih membanggakan.. MALAYSIA yang 50tahun telah berjaya dengan cemerlangnya meruntuhkan akhlak generasi mudanya.. SYABAS!! sekarang sudah ada generasi yang bakal mempertahankan kedaulatan negara.. setelah generasi dulu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.. kini, ada generasi yang mengangkat jarum suntikan menyuntik dadah kedalam tubuh.. bukan apa.. jangan salah paham.. mereka hanya nak jadi kuat.. jadi lasak.. barulah boleh pertahankan kemerdekaan negara.. dulu ada FORCE136.. sekarang? wow.. REMP-17 (rempit)..WELLDONE..mereka inilah yang bakal mempertahankan kemerdekaan negara.. ada penjajah! ada komunis! mereka langgar dengan motor mereka yang kononnya berkuasa tinggi.. kita jangan risau!! REMP-17 kan ada.. tahniah MALAYSIA!! siapakah majoriti bangsa yang terlibat? MELAYU!!!!


apa nak jadi? apa nak jadi? apa nak jadi? oii org melayu!! bangunlah.. sedar lah diri.. malulah dengan bangsa lain.. ada bangsa lain merempit? takk.. terlalu sedikit kalu nak dibandingkan dengan MELAYU.. mereka berfikir macam mana nak cari duit.. MELAYU pk macam mana nak cari nahas!! bukan semua MELAYU macam tue.. tapi kita sendiri sedia maklum!! jangan salahkan aku.. bukan aku menghina bangsa sendiri.. tapi aku nak menyederkan bangsa aku sendiri.. kalu Hang Tuah masih hidup.. dah tentu ramai yang dia tikam dengan keris tamigsarinya tue.. geram dia tengok bangsa dia yang dah semakin lalai dengan kesenangan..


adakah kita bangga menjadi rakyat MALAYSIA?
adakah kita yakin dapat pertahankan kemerdekaan MALAYSIA?
adakah kita sedar kita sudah semakin hampir untuk dijajah kembali?
adakah kita sedar yang tak selamanya kita MERDEKA jika kita terus lalai?



fikir-fikirkanlah...

2 comments:

fakulito said...

sesungguhnya mengapa gaya penulisan / pemblogan mu seperti haikal? apakah kamu belajar daripada blog nya?

apa-apa pun, gaya penulisan mu memang authentic / asli!

orang Melayu Malaysia merdeka pada zahir. bukan pada mental dan jiwa. Dengan kata lain, tiada identiti.

Anonymous said...

love ur gaya penulisan~